TEKS BAHASA ARAB
هذه أثرة، ولا أحب الأثرة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Ini adalah seperti melebihkan diri sendiri, dan aku tidak suka sifat melebihkan diri sendiri itu.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 756, hadis nombor 3870. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عامر بن ربيعة -رضي الله عنه-، قال: كنت مع النبي صلى الله عليه وسلم في الطواف، فانقطعت شسعه، فقلت: ناولني أصلحه، قال: ((هذه أثرة، ولا أحب الأثرة)).
[الطيالسي، هب، ((الضعيفة)) (5757)]
(Lemah) Daripada Amir bin Rabiah RA daripada ayahnya berkata: Aku bersama Nabi SAW ketika tawaf, lalu hujung selipar baginda terputus. Lalu aku berkata: Berikan padaku, aku akan membaikinya. Baginda bersabda: “Ini adalah seperti melebihkan diri sendiri, dan aku tidak suka sifat melebihkan diri sendiri itu.”
[Riwayat al-Tayalisi dalam Musnadnya dan al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5757]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.