Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
هذِهِ أثَرةٌ، ولا أحِبُّ الأثَرةَ.
Teks Bahasa Melayu
Ini adalah seperti melebihkan diri sendiri, dan aku tidak suka sifat melebihkan diri sendiri itu.
Sahabat Perawi
- Amir bin Rabiah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 756, hadis no. 3870. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عامر بن ربيعة -رضي الله عنه-، قال: كنت مع النبي صلى الله عليه وسلم في الطواف، فانقطعت شسعه، فقلت: ناولني أصلحه، قال: ((هذه أثرة، ولا أحب الأثرة)). [الطيالسي، هب، ((الضعيفة)) (5757)]
(Daif) Daripada Amir bin Rabiah RA daripada ayahnya berkata: Aku bersama Nabi SAW ketika tawaf, lalu hujung selipar baginda terputus. Lalu aku berkata: Berikan padaku, aku akan membaikinya. Baginda bersabda: “Ini adalah seperti melebihkan diri sendiri, dan aku tidak suka sifat melebihkan diri sendiri itu.” [Riwayat al-Tayalisi dalam Musnadnya dan al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5757]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman