Aku bersama kalangan yang remuk hati mereka kerana-Ku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: أنا عند المنكسرة قلوبهم من أجلي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith (Qudsi): Aku bersama kalangan yang remuk hati mereka kerana-Ku.

STATUS

Tidak Ada Asalnya Dalam Hadith Marfu’

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 49, hadis nombor 83. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال علي قاري: تمامه: وأنا عند المندرسة قبورهم لأجلي. ولا أصل لهما في المرفوع.

Ali Qari berkata: Kelanjutan hadith: Dan Aku bersama kalangan yang kubur mereka terhapus kerana-Ku. Kedua-dua hadith ini tidak ada asalnya dalam hadith marfu’ (yang disandarkan kepada Nabi SAW).

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.