Tidak Ada Asalnya Dalam hadis Marfu'
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث: أَنَا عِنْدَ الْمُنْكَسِرَةِ قُلُوبُهُمْ مِنْ أَجْلِي،
Teks Bahasa Melayu
hadis (Qudsi): Aku bersama kalangan yang remuk hati mereka kerana-Ku.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Tidak Ada Asalnya Dalam hadis Marfu'
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 49, hadis no. 83. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال علي قاري: تمامه: وأنا عند المندرسة قبورهم لأجلي. ولا أصل لهما في المرفوع.
Ali Qari berkata: Kelanjutan Hadis: Dan Aku bersama kalangan yang kubur mereka terhapus kerana-Ku. Kedua-dua hadis ini tidak ada asalnya dalam hadis marfu’ (yang disandarkan kepada Nabi SAW).
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman