Aku bersaksi dengan bilangan debu al-Dahna bahawa Musailimah ialah pendusta

TEKS BAHASA ARAB

إني أشهد عدد تراب الدهناء أن مسيلمة كذاب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku bersaksi dengan bilangan debu al-Dahna bahawa Musailimah ialah pendusta.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1829, hadis nombor 9220. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن وبر بن مشهر الحنفي، قال: إن مسيلمة بعثه هو وابن النواحة وابن الشعاف الحنفي حتى قدموا على رسول الله -صلى الله عليه وسلم-، قال وبر: وهما كانا أسن مني، فتشهدا، ثم شهدا لرسول الله -صلى الله عليه وسلم- أنه رسول الله، وأن مسيلمة من بعده! قال: فأقبل علي فقال: ((بم تشهد يا غلام؟)) فقال: أشهد بما شهدت به، وأكذب بما كذبت به . قال: ((فإني أشهد عدد تراب الدهناء أن مسيلمة كذاب)). قال وبر: شهدت بما شهدت به. فأمر بهما فأخرجا، وأقام وبر بن مشهر عند رسول الله – صلى الله عليه وسلم- يتعلم القرآن حتى قبض رسول الله – صلى الله عليه وسلم-، ورجع صاحباه. [حب، ابن أبي عاصم، ابن السكن، طب، ((الضعيفة)) (3343)]

(Lemah) Daripada Wabr bin Masyhur al-Hanafi, berkata: Sesungguhnya Musailimah mengutusnya dan Ibn al-Nawaha dan Ibn al-Sha’af al-Hanafi sehingga mereka datang berjumpa Rasulullah SAW. Wabr berkata: “Kedua-duanya ini lebih tua daripadaku.” Lalu mereka berdua mengucapkan syahadah. Mereka bersaksi di hadapan Rasulullah SAW bahawa Baginda adalah Rasul Allah dan Musailimah adalah Rasul selepas Baginda! Dia berkata: Ali pun datang dan berkata: “Apa yang engkau ucapkan, wahai budak?” Lelaki itu berkata: “Aku mengucap sama sepertimana engkau mengucap, dan aku mendustakan sama seperti engkau dustakan.” Rasulullah SAW bersabda: “Aku bersaksi dengan bilangan debu al-Dahna bahawa Musailimah ialah pendusta.” Wabr berkata: “Aku bersaksi sama seperti engkau (Rasulullah).” Kemudian dia menyuruh kedua lelaki itu meninggalkan tempat itu. Kemudian, Wabr bin Masyhur datang bertemu Rasulullah SAW mempelajari al-Quran sehingga Baginda wafat, dan dua sahabatnya pulang. [Riwayat Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān, Ibnu Abi Asim, Ibnu Sakan, dan al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3343]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs