Aku bersaksi dengan Allah dan aku bersaksi demi Allah, sungguh Jibril AS telah berkata kepadaku: Wahai Muhammad! Sesungguhnya orang yang melazimi arak itu seperti penyembah berhala

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أشهد بالله، وأشهد لله، لقد قال لي جبريل عليه السلام: يا محمد! إن مدمن الخمر كعابد وثن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku bersaksi dengan Allah dan aku bersaksi demi Allah, sungguh Jibril AS telah berkata kepadaku: Wahai Muhammad! Sesungguhnya orang yang melazimi arak itu seperti penyembah berhala.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 397, hadis nombor 2125. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي بن أبي طالب – رضي الله عنه -، قال: أشهد بالله، وأشهد لله لقد حدثني رسول الله ﷺ قال: «أشهد بالله، وأشهد لله، لقد قال لي جبريل عليه السلام: يا محمد! إن مدمن الخمر كعابد وثن». [حل، عبد الحفيظ الفاسي في «الأحاديث المسلسلات»، «الضعيفة» (2790)].

(Lemah) Daripada Ali bin Abu Talib RA, beliau berkata: Aku bersaksi dengan Allah dan aku bersaksi demi Allah, sungguh Rasulullah ﷺ telah menceritakan kepadaku, baginda bersabda: "Aku bersaksi dengan Allah dan aku bersaksi demi Allah, sungguh Jibril AS telah berkata kepadaku: Wahai Muhammad! Sesungguhnya orang yang melazimi arak itu seperti penyembah berhala". [Riwayat Abu Nu’aym di dalam Hilyah al-Awliya’ dan Abdul Hafiz al-Fasi dalam al-Ahadith al-Musalsalat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2790].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.