Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أشهدُ باللهِ، وأشهدُ للهِ، لقدْ قال لي جبريلُ عليه السلامُ: يا محمدُ! إنَّ مُدمنَ الخمرِ كعابدِ وثنٍ.
Teks Bahasa Melayu
Aku bersaksi dengan Allah dan aku bersaksi demi Allah, sungguh Jibril AS telah berkata kepadaku: Wahai Muhammad! Sesungguhnya orang yang melazimi arak itu seperti penyembah berhala.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 397, hadis no. 2125. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علي بن أبي طالب - رضي الله عنه -، قال: أشهد بالله، وأشهد لله لقد حدثني رسول الله ﷺ قال: «أشهد بالله، وأشهد لله، لقد قال لي جبريل عليه السلام: يا محمد! إن مدمن الخمر كعابد وثن». [حل، عبد الحفيظ الفاسي في «الأحاديث المسلسلات»، «الضعيفة» (2790)].
(Lemah) Daripada Ali bin Abu Talib RA, beliau berkata: Aku bersaksi dengan Allah dan aku bersaksi demi Allah, sungguh Rasulullah ﷺ telah menceritakan kepadaku, baginda bersabda: "Aku bersaksi dengan Allah dan aku bersaksi demi Allah, sungguh Jibril AS telah berkata kepadaku: Wahai Muhammad! Sesungguhnya orang yang melazimi arak itu seperti penyembah berhala". [Riwayat Abu Nu’aym di dalam Hilyah al-Awliya’ dan Abdul Hafiz al-Fasi dalam al-Ahadith al-Musalsalat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2790].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman