Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
استَوصوا بِالمَعزَى خيرًا؛ فإنَّها مالٌ رَقيقٌ، وهو في الجنَّةِ، وَأحَبُّ المالِ إلى اللهِ الضَّأْنُ، وعليكُم بِالبَياضِ؛ فإنَّ اللهَ خَلَق الجنَّةَ بَيضاءَ، فلْيَلبَسْه أَحياؤُكم، وَكفِّنوا فيهِ مَوتاكُم، وإنَّ دمَ الشَّاةِ البَيضاءِ أعظمُ عِندَ اللهِ مِن دمِ السَّوداوَينِ.
Teks Bahasa Melayu
Aku berpesan pada kalian agar peliharalah kambing baik-baik, sesungguhnya ia merupakan sebaik-baik harta yang akan menemani, dan ianya ada di dalam syurga. Harta yang paling dicintai oleh Allah ialah biri-biri. Hendaklah kalian memilih warna putih, kerana sesungguhnya Allah menciptakan syurga berwarna putih, dan pakaikanlah (warna tersebut) untuk orang yang masih hidup, serta kafankanlah orang yang mati di dalamnya. Sesungguhnya darah seekor kambing putih lebih agung di sisi Allah daripada darah dua ekor kambing berwarna hitam.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 589, hadis no. 3023.
(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): Aku berpesan pada kalian agar peliharalah kambing baik-baik, sesungguhnya ia merupakan sebaik-baik harta yang akan menemani, dan ianya ada di dalam syurga. Harta yang paling dicintai oleh Allah ialah biri-biri. Hendaklah kalian memilih warna putih, kerana sesungguhnya Allah menciptakan syurga berwarna putih, dan pakaikanlah (warna tersebut) untuk orang yang masih hidup, serta kafankanlah orang yang mati di dalamnya. Sesungguhnya darah seekor kambing putih lebih agung di sisi Allah daripada darah dua ekor kambing berwarna hitam. [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Dhu’afa’ al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 431].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman