Aku berperang kerana penurunan al-Quran

TEKS BAHASA ARAB

أنا أقاتل على تنزيل القرآن، وعلي يقاتل على تأويله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku berperang kerana penurunan al-Quran, manakala ‘Ali berperang kerana takwil al-Quran.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1860, hadis nombor 9386. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الأحضر بن أبي الأحضر عن النبي صلى الله عليه وسلم: ((أنا أقاتل على تنزيل القرآن، وعلي يقاتل على تأويله)). [ابن السكن في ((الصحابة))، ((الضعيفة)) (4911)]

(Lemah) Daripada al-Akhdar bin Abi al-Akhdar, daripada Nabi SAW: "Aku berperang kerana penurunan al-Quran, manakala ‘Ali berperang kerana takwil al-Quran." [Riwayat Ibn al-Sakan dalam (al-Sahabah). Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4911]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.