Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أنا أقاتل على تنزيل القرآن، وعلي يقاتل على تأويله.
Teks Bahasa Melayu
Aku berperang kerana penurunan al-Quran, manakala ‘Ali berperang kerana takwil al-Quran.
Sahabat Perawi
- al-Akhdar bin Abi al-Akhdar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1860, hadis no. 9386. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الأحضر بن أبي الأحضر عن النبي صلى الله عليه وسلم: ((أنا أقاتل على تنزيل القرآن، وعلي يقاتل على تأويله)). [ابن السكن في ((الصحابة))، ((الضعيفة)) (4911)]
(Lemah) Daripada al-Akhdar bin Abi al-Akhdar, daripada Nabi SAW: "Aku berperang kerana penurunan al-Quran, manakala ‘Ali berperang kerana takwil al-Quran." [Riwayat Ibn al-Sakan dalam (al-Sahabah). Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4911]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman