Aku berjalan di masjid dan ketika itu terdapat orang-orang yang sedang terlibat dengan cerita-cerita (batil)

TEKS BAHASA ARAB

مررت في المسجد، فإذا الناس يخوضون في الأحاديث، فدخلت على علي، فقلت يا أمير المؤمنين! ألا ترى أن الناس قد خاضوا في الأحاديث؟ قال: وقد فعلوها قلت: نعم، قال: أما إني قد سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ألا إنها ستكون فتنة. فقلت: ما المخرج منها يا رسول الله؟ قال: كتاب الله، فيه نبأ ما كان قبلكم، وخبر ما بعدكم، وحكم ما بينكم، وهو الفصل ليس بالهزل، من تركه من جبار قصمه الله، ومن ابتغى الهدى في غيره أضله الله … ) الحديث.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku berjalan di masjid dan ketika itu terdapat orang-orang yang sedang terlibat dengan cerita-cerita (batil), lalu aku pergi kepada Ali dan aku berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Tidakkah engkau melihat bahawa orang-orang ini telah terlibat dengan cerita-cerita (batil)? Ali berkata: Adakah mereka melakukannya? Aku berkata: Ya. Ali berkata: Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya akan terjadi fitnah (bencana). Lalu aku bertanya: Apakah jalan keluar daripadanya wahai Rasulullah? Baginda berkata: Kitab Allah, terdapat padanya berita tentang perkara berlaku sebelum kamu semua dan khabar tentang perkara apa yang berlaku setelah kamu semua dan hukum di antara kamu semua. Ia merupakan satu kitab pemutus yang bukan gurauan. Barang siapa yang meninggalkannya kerana sombong maka Allah akan membinasakannya, dan barang siapa yang menghendaki petunjuk pada selain daripada-Nya maka Allah akan menyesatkannya…”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1548, hadis nombor 7853. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عَنْ الْحَارِثِ قَالَ: مَرَرْتُ فِي الْمَسْجِدِ، فَإِذَا النَّاسُ يَخُوضُونَ فِي الْأَحَادِيثِ، فَدَخَلْتُ عَلَى عَلِيٍّ، فَقُلْتُ يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ! أَلَا تَرَى أَنَّ النَّاسَ قَدْ خَاضُوا فِي الْأَحَادِيثِ؟ قَالَ: وَقَدْ فَعَلُوهَا قُلْتُ: نَعَمْ، قَالَ: أَمَا إِنِّي قَدْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: ((أَلَا إِنَّهَا سَتَكُونُ فِتْنَةٌ)). فَقُلْتُ: مَا الْمَخْرَجُ مِنْهَا يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: ((كِتَابُ اللَّهِ، فِيهِ نَبَأُ مَا كَانَ قَبْلَكُمْ، وَخَبَرُ مَا بَعْدَكُمْ، وَحُكْمُ مَا بَيْنَكُمْ، وَهُوَ الْفَصْلُ لَيْسَ بِالْهَزْلِ، مَنْ تَرَكَهُ مِنْ جَبَّارٍ قَصَمَهُ اللَّهُ، وَمَنْ ابْتَغَى الْهُدَى فِي غَيْرِهِ أَضَلَّهُ اللَّهُ … )) الحديث [ت، الدارمي، الفريابي في ((فضائل القرآن))، البغوي، ((الضعيفة)) (6393)]

(Lemah)
Daripada al-Harith beliau berkata: Aku berjalan di masjid dan ketika itu terdapat orang-orang yang sedang terlibat dengan cerita-cerita (batil), lalu aku pergi kepada Ali dan aku berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Tidakkah engkau melihat bahawa orang-orang ini telah terlibat dengan cerita-cerita (batil)? Ali berkata: Adakah mereka melakukannya? Aku berkata: Ya. Ali berkata: Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya akan terjadi fitnah (bencana). Lalu aku bertanya: Apakah jalan keluar daripadanya wahai Rasulullah? Baginda berkata: Kitab Allah, terdapat padanya berita tentang perkara berlaku sebelum kamu semua dan khabar tentang perkara apa yang berlaku setelah kamu semua dan hukum di antara kamu semua. Ia merupakan satu kitab pemutus yang bukan gurauan. Barang siapa yang meninggalkannya kerana sombong maka Allah akan membinasakannya, dan barang siapa yang menghendaki petunjuk pada selain daripada-Nya maka Allah akan menyesatkannya…” (Hadith)
[Riwayat Sunan al-Tirmidzi, al-Darimi, al-Faryabi dalam Fadhail al-Quran dan al-Baghawi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6393]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs