Aku beribadah bersama Rasulullah selama tujuh tahun sebelum mana-mana orang dari kalangan umat ini menyembah Allah

TEKS BAHASA ARAB

عبدت الله مع رسوله سبع سنين قبل أن يعبده أحد من هذه الأمة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku beribadah bersama Rasulullah selama tujuh tahun sebelum mana-mana orang dari kalangan umat ini menyembah Allah.

STATUS

(Terdapat perawi bermasalah pada sanadnya)

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 96. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَبَّة بن جُوَيْن عَن عَليّ «عَبَدْتُ اللَّهَ مَعَ رَسُولِهِ سَبْعَ سِنِينَ قَبْلَ أَنْ يَعْبُدَهُ أَحَدٌ من هَذِه الْأمة» حَبَّة عَال فِي التَّشَيُّع وَفِيه شُعَيْب بن صَفْوَان عَن الأحلج ضعيفان قلت أخرجه الْحَاكِم وَتعقبه الذَّهَبِيّ بِأَن خَدِيجَة وَأَبا بكر وبلالا وَزيد آمنُوا أول الْبَعْث وَلَعَلَّه قَالَ عبدت الله مَعَ رَسُوله ولي سبع سِنِين فَأَخْطَأَ الرَّاوِي فِي السّمع.

Daripada Habbah Bin Juwain daripada ‘Ali:
Maksudnya: “Aku beribadah bersama Rasulullah selama tujuh tahun sebelum mana-mana orang dari kalangan umat ini menyembah Allah.” Habbah adalah seorang yang melampau dalam kencederungannya terhadap fahaman syiah. Dalam sanadnya terdapat Syu’aib Bin Safwan daripada al-Ahlaj. Kedua-duanya adalah perawi yang lemah. Saya katakan: al-Hakim menilainya sebagai sahih dan dikritik oleh al-Zahabi. Ini kerana Khadijah, Abu Bakar dan Bilal adalah antara individu yang awal beriman ketika permulaan Nabi SAW diutus. Berkemungkinan yang disebutkan oleh Ali: Maksudnya: “Aku beribadah bersama Rasulullah dan umurku pada ketika itu tujuh tahun.”. Maka perawi tersalah dengar apa yang diucapkan.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs