TEKS BAHASA ARAB
لوددت أنها في قلب كل إنسان من أمتي. يعني: {يس}، وفي رواية: {تبارك الذي بيده الملك}.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Aku berharap agar ia berada di dalam jantung hati setiap manusia daripada kalangan umatku. Iaitu: “Yaasin” [Surah Yaasin]. Dalam riwayat yang lain: Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat) [iaitu: Surah al-Mulk].
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1961, hadis nombor 9812. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن ابن عباس – رضي الله عنهما – قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لوددت أنها في قلب كل إنسان من أمتي. يعني: {يس}، وفي رواية: {تبارك الذي بيده الملك}.
[البزار، ((الضعيفة)) (6572)]))(( (7114)]
(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Aku berharap agar ia berada di dalam jantung hati setiap manusia daripada kalangan umatku. Iaitu: “Yaasin” [Surah Yaasin]. Dalam riwayat yang lain: Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat) [iaitu: Surah al-Mulk].
[Riwayat al-Bazzar, al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir, dan al-Hakim dalam Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6572]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.