Aku berbaiah kepada Muhammad bin Sa'd

TEKS BAHASA ARAB

بايعت محمد بن سعد بسلعة، فقال: هات يدك أماسحك؛ فإن الرسول ﷺ قال: «البركة في المماسحة».

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku berbaiah kepada Muhammad bin Sa’d dengan suatu barang dan berkata: Hulurkan tanganmu kerana aku mahu berjabat. Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Keberkatan itu adalah pada saling berjabat tangan.”

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 638, hadis nombor 3308. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف جدا) عن خالد بن أبي مالك، قال: بايعت محمد بن سعد بسلعة، فقال: هات يدك أماسحك؛ فإن الرسول ﷺ قال: «البركة في المماسحة». [ش، أبو داود في «مراسيله»، هق، «الضعيفة» (7153)].

(Sangat Lemah) Daripada Khalid bin Abi Malik berkata: Aku berbaiah kepada Muhammad bin Sa’d dengan suatu barang dan berkata: Hulurkan tanganmu kerana aku mahu berjabat. Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Keberkatan itu adalah pada saling berjabat tangan.” [Riwayat Ibn Abi Syaibah, Abu Daud dalam al-Marasil dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7153]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs