Aku berasa hairan terhadap orang yang membeli hamba-hamba

TEKS BAHASA ARAB

عجبت لمن يشتري المماليك بماله ثم يعتقهم كيف لا يشتري الأحرار بمعروفه فهو أعظم ثوابا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku berasa hairan terhadap orang yang membeli hamba-hamba dengan hartanya kemudian membebaskan mereka, mengapa dia tidak membeli orang-orang merdeka dengan kebaikan-kebaikannya, ia lebih besar pahala.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 53, hadis nombor 289. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Saya juga berasa hairan terhadap orang yang tahu bahawa berdusta atas nama Rasulullah SAW adalah antara sebesar-besar dosa, lalu bagaimana dia berani menyebutkan hadith batil seperti ini?

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs