Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عَجِبْتُ لَمِنْ يَشْتَرِي المَمَالِيكَ بِمَالِهِ ثُمَّ يَعْتِقُهُمْ كيف لا يشتري الأَحْرَارَ بِمعْرُوفِهِ فَهُوَ أَعْظَمُ ثَوَاباً.
Teks Bahasa Melayu
Aku berasa hairan terhadap orang yang membeli hamba-hamba dengan hartanya kemudian membebaskan mereka, mengapa dia tidak membeli orang-orang merdeka dengan kebaikan-kebaikannya, ia lebih besar pahala.
Sahabat Perawi
- Ibn 'Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 53, hadis no. 289. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Saya juga berasa hairan terhadap orang yang tahu bahawa berdusta atas nama Rasulullah SAW adalah antara sebesar-besar dosa, lalu bagaimana dia berani menyebutkan hadith batil seperti ini?
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman