Aku berada di belakang Rasul SAW, dan ada seorang Arab yang mempunyai anak perempuan yang cantik

TEKS BAHASA ARAB

كنت ردف رسول الله صلى الله عليه وسلم وأعرابي معه ابنة له حسناء، فجعل يعرضها لرسول الله صلى الله عليه وسلم رجاء أن يتزوجها. قال (الفضل بن عباس) : فجعلت ألتفت إليها، وجعل رسول الله صلى الله عليه وسلم يأخذ برأسي فيلويه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku berada di belakang Rasul SAW, dan ada seorang Arab yang mempunyai anak perempuan yang cantik, lalu dia menayangkan kepada Rasul SAW mengharapkan baginda SAW mengahwini anaknya. Al-Fadhl bin ‘Abbas berkata: Lalu aku memandangnya, kemudian Rasul SAW memalingkan kepalaku.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 956, hadis nombor 4933. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بزيادة (العرض))
عن الفضل بن عباس – رضي الله عنهما – قال: كنت ردف رسول الله ﷺ وأعرابي معه ابنة له حسناء، فجعل يعرضها لرسول الله ﷺ رجاء أن يتزوجها. قال (الفضل بن عباس): فجعلت ألتفت إليها، وجعل رسول الله ﷺ يأخذ برأسي فيلويه.
[ع، ((الضعيفة))(5959)].

(Munkar Dengan Tambahan Lafaz al-Arad)
Diriwayatkan daripada al-Fadhl bin abbas RA telah berkata: Aku berada di belakang Rasul SAW, dan ada seorang Arab yang mempunyai anak perempuan yang cantik, lalu dia menayangkan kepada Rasul SAW mengharapkan baginda SAW mengahwini anaknya. Al-Fadhl bin ‘Abbas berkata: Lalu aku memandangnya, kemudian Rasul SAW memalingkan kepalaku.
[Riwayat Abi Ya’la dalam al-Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5959].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs