Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كُنْت رِدْفَ رسول الله صلى الله عليه وسلم وَأَعْرَابِيّ مَعَهُ ابنةٌ له حَسْنَاء، فَجَعَلَ يعرِضُهَا لرسولِ الله صلى الله عليه وسلم رَجَاءَ أن يَتَزَوَّجَهَا. قال (الفضلُ بن عباس) : فَجَعَلْتُ أَلْتَفِتُ إليها، وجعلَ رسولُ الله صلى الله عليه وسلم يأخذُ برأسي فَيَلوِيهِ.
Teks Bahasa Melayu
Aku berada di belakang Rasul SAW, dan ada seorang Arab yang mempunyai anak perempuan yang cantik, lalu dia menayangkan kepada Rasul SAW mengharapkan baginda SAW mengahwini anaknya. Al-Fadhl bin ‘Abbas berkata: Lalu aku memandangnya, kemudian Rasul SAW memalingkan kepalaku.
Sahabat Perawi
- al-Fadhl bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 956, hadis no. 4933. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بزيادة (العرض عن الفضل بن عباس – رضي الله عنهما – قال: كنت ردف رسول الله ﷺ وأعرابي معه ابنة له حسناء، فجعل يعرضها لرسول الله ﷺ رجاء أن يتزوجها. قال (الفضل بن عباس): فجعلت ألتفت إليها، وجعل رسول الله ﷺ يأخذ برأسي فيلويه. [ع، الضعيفة(5959)].
(Munkar Dengan Tambahan Lafaz al-Arad) Diriwayatkan daripada al-Fadhl bin abbas RA telah berkata: Aku berada di belakang Rasul SAW, dan ada seorang Arab yang mempunyai anak perempuan yang cantik, lalu dia menayangkan kepada Rasul SAW mengharapkan baginda SAW mengahwini anaknya. Al-Fadhl bin ‘Abbas berkata: Lalu aku memandangnya, kemudian Rasul SAW memalingkan kepalaku. [Riwayat Abi Ya’la dalam al-Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5959].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman