Aku benar-benar memohon kepada-Mu keimanan yang menyentuh hatiku

TEKS BAHASA ARAB

اللهم أحسبه قال إني أسألك إيمانا يباشر قلبي حتى أعلم أن لا يصيبني إلا ما كتبت لي ورضا من المعيشة بما قسمت لي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai Allah, saya rasa Baginda menyebut : Aku benar-benar memohon kepada-Mu keimanan yang menyentuh hatiku sehingga aku mengetahui bahawa tiada yang menimpaku selain daripada apa yang Engkau tetapkan untukku, serta aku memohon agar dikurniakan keredaan akan segala yang telah Engkau bahagikan untukku.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1104, hadis nombor 5592. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عمر رضي الله عنهما قال: كان صلى الله عليه وسلم يدعو بهؤلاء الكلمات: اللَّهُمَّ أحسبُه قال إِنِّي أَسْأَلُكَ إِيمَانًا يُبَاشِرُ قَلْبِي حَتَّى أَعْلَمَ أَن لا يُصِيبَنِي إِلَّا مَا كَتَبْتَ لِي ورضًَا من المعيشةِ بما قَسمتَ لي. [ البزار, الضعيفة (7049)]

(Sangat lemah) Daripada Ibn ‘Umar RHUMA, beliau berkata: Nabi SAW kerap berdoa dengan ucapan ini: Wahai Allah, saya rasa Baginda menyebut : Aku benar-benar memohon kepada-Mu keimanan yang menyentuh hatiku sehingga aku mengetahui bahawa tiada yang menimpaku selain daripada apa yang Engkau tetapkan untukku, serta aku memohon agar dikurniakan keredaan akan segala yang telah Engkau bahagikan untukku. [Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 7049]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs