Aku bahagian daripada Allah

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أنا من الله والمؤمنون مني.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Aku bahagian daripada Allah, dan orang-orang mukmin pula bahagian daripadaku.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 50-51, hadis nombor 85. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هو عند الديلمي بلا إسناد. قال ابن حجر: كذب مختلق، وقال ابن تيمية: موضوع.

Hadith tersebut terdapat dalam al-Dailami tanpa sanad. Ibn Hajar berkata: Dusta lagi rekaan. Ibn Taimiyyah berkata: Palsu

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs