Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنِّي لأُبغضُ المَرْأة تخرجُ مِنْ بيتها تجرّ ذيلها تشكو زوجها.
Teks Bahasa Melayu
Aku amat membenci wanita yang keluar dari rumahnya dengan melabuhkan hujung pakaiannya lantas mencaci suaminya.
Sahabat Perawi
- Ummu Salamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 926, hadis no. 4757. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Terlalu Lemah) Diriwayatkan daripada Ummu Salamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Aku amat membenci wanita yang keluar dari rumahnya dengan melabuhkan hujung pakaiannya lantas mencaci suaminya. [Riwayat Ibn So’id dalam al-Amali, dan al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2063].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman