Aku akan minum dari telagaku pada Hari Kebangkitan kelak

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حوضي أشرب منه يوم القيامة ومن اتبعني من الأنبياء، ويبعث الله ناقة ثمود لصالح فيحلبها فيشربها والذين آمنوا معه حتى توافي بها الموقف معه ولها رغاء، قال: فقال له رجل من القوم وأظنه معاذ بن جبل: يا رسول الله، وأنت يومئذ على العضباء؟ قال: لا، ابنتي فاطمة على العضباء، وأحشر أنا على البراق وأختص به دون الأنبياء. قال: ثم نظر إلى بلال فقال: يحشر هذا على ناقة من نوق الجنة فيقدمنا بالأذان محضا، فإذا قال: أشهد أن لا إله إلا الله، قالت الأنبياء مثلها: ونحن نشهد أن لا إله إلا الله، فإذا، قال: أشهد أن محمدا رسول الله، فمن مقبول ومن مردود عليه، فيتلقى بحلة من حلل الجنة، وأول من يكسى يوم القيامة من حلل الجنة بعد الأنبياء الشهداء وصالح المؤمنين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku akan minum dari telagaku pada Hari Kebangkitan kelak bersama para nabi yang mengikutiku. Allah akan membangkitkan unta Thamud milik Salih, lalu dia memerah susunya dan dia meminumnya dan orang-orang beriman bersamanya, sehingga ia sampai ke tempat perhimpunan (mahsyar) bersamanya (Salih) dan unta itu berbunyi. Seorang sahabat daripada kaum dan aku menyangka dia adalah Mu‘az bin Jabal bertanya: Wahai Rasulullah, pada hari itu, adakah anda menaiki al-‘Adba’? Baginda menjawab: Tidak, tetapi puteriku, Fatimah yang akan menaikinya. Aku akan dihimpunkan dalam keadaan menaiki Buraq yang hanya dikhaskan buatku sahaja, tidak pada para nabi yang lain. Kemudian Baginda memandang kepada Bilal, lalu berkata: Lelaki ini akan dihimpunkan dalam keadaan menaiki salah seekor unta syurga, beliau akan mendahului kita untuk melaungkan azan sahaja. Apabila beliau mengucapkan ‘aku bersaksi tiada yang berhak untuk disembah selain Allah’, para nabi akan berkata: Kami juga bersaksi tiada yang berhak untuk disembah selain Allah. Apabila beliau mengucapkan: “Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah”, ada yang menerima dan ada yang menolaknya. Kemudian pakaian-pakaian syurga akan diedarkan dan manusia yang pertama yang akan menyarungnya selepas para nabi ialah para syuhada dan para mukmin yang soleh.”

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1956, hadis nombor 9793. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن سويد بن عامر، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: حوضي أشرب منه يوم القيامة ومن اتبعني من الأنبياء، ويبعث الله ناقة ثمود لصالح فيحلبها فيشربها والذين آمنوا معه حتى توافي بها الموقف معه ولها رغاء، قال: فقال له رجل من القوم وأظنه معاذ بن جبل: يا رسول الله، وأنت يومئذ على العضباء؟ قال: لا، ابنتي فاطمة على العضباء، وأحشر أنا على البراق وأختص به دون الأنبياء. قال: ثم نظر إلى بلال فقال: يحشر هذا على ناقة من نوق الجنة فيقدمنا بالأذان محضا، فإذا قال: أشهد أن لا إله إلا الله، قالت الأنبياء مثلها: ونحن نشهد أن لا إله إلا الله، فإذا، قال: أشهد أن محمدا رسول الله، فمن مقبول ومن مردود عليه، فيتلقى بحلة من حلل الجنة، وأول من يكسى يوم القيامة من حلل الجنة بعد الأنبياء الشهداء وصالح المؤمنين.
[عق، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (6534)]

(Palsu)
Daripada Suwaid bin ‘Amir, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Aku akan minum dari telagaku pada Hari Kebangkitan kelak bersama para nabi yang mengikutiku. Allah akan membangkitkan unta Thamud milik Salih, lalu dia memerah susunya dan dia meminumnya dan orang-orang beriman bersamanya, sehingga ia sampai ke tempat perhimpunan (mahsyar) bersamanya (Salih) dan unta itu berbunyi. Seorang sahabat daripada kaum dan aku menyangka dia adalah Mu‘az bin Jabal bertanya: Wahai Rasulullah, pada hari itu, adakah anda menaiki al-‘Adba’? Baginda menjawab: Tidak, tetapi puteriku, Fatimah yang akan menaikinya. Aku akan dihimpunkan dalam keadaan menaiki Buraq yang hanya dikhaskan buatku sahaja, tidak pada para nabi yang lain. Kemudian Baginda memandang kepada Bilal, lalu berkata: Lelaki ini akan dihimpunkan dalam keadaan menaiki salah seekor unta syurga, beliau akan mendahului kita untuk melaungkan azan sahaja. Apabila beliau mengucapkan ‘aku bersaksi tiada yang berhak untuk disembah selain Allah’, para nabi akan berkata: Kami juga bersaksi tiada yang berhak untuk disembah selain Allah. Apabila beliau mengucapkan: “Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah”, ada yang menerima dan ada yang menolaknya. Kemudian pakaian-pakaian syurga akan diedarkan dan manusia yang pertama yang akan menyarungnya selepas para nabi ialah para syuhada dan para mukmin yang soleh.”
[Riwayat al-‘Uqaili dalam al-Du‘afa’ al-Kabir dan Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdu‘at. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6534]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.