Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَوْضِي أَشْرَبَ مِنْهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَمَنِ اتَّبَعَنِي مِنَ الْأَنْبِيَاءِ، وَيَبْعَثُ اللهُ نَاقَةَ ثَمُودَ لِصَالِحٍ ، فَيَحْلَبُهَا فَيَشْرِبُهَا ، وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ حَتَّى يُوَافوا بِهَا الْمَوْقِفَ مَعَهُ، وَلَهَا رُغَاءٌ قَالَ : فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ وَأَظُنُّهُ مُعَاذَ بْنَ جَبَلٍ : يَا رَسُولَ اللهِ وَأَنْتَ يَوْمَئِذٍ عَلَى الْعَضَبَاءِ ؟ قال : لَا، ابْنَتِي فَاطِمَةُ عَلَى الْعضباءِ ، وَأُحْشَرُ أَنَا عَلَى الْبُرَاقِ فَأَخْتَصُّ بِهَا دُونَ الْأَنْبِيَاءِ . قال : ثُمَّ نَظَرَ إِلَى بِلَالٍ فَقَالَ : يُحْشَرُ هَذَا عَلَى نَاقَةٍ مِنْ نوقِ الْجَنَّةِ فَيُقدِّمُنَا بِالْأَذَانِ مَحْضًا ، فَإِذَا قَالَ : أَشْهَدُ أَنْ لَّا إِلَهَ إلَّا اللهُ قَالَتْ الْأَنْبِيَاءُ مِثْلَهَا ، وَنَحْنُ نَشْهَدُ أَن لَّا إِلَهَ إلَّا اللهُ ، فَإِذَا قَالَ : أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُولُ اللهِ : فَمِنْ مَقْبُولٍ مِنْهُ وَمَرْدُودٍ عَلَيْهِ . قال : فَيُتَلَقَّى بِحَلَّةٍ مِنْ حُلَلِ الْجَنَّةِ، وَأَوَّلُ مَنْ يُكْسَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ حُلَلِ الْجَنَّةِ بَعْدَ الْأَنْبِيَاءِ الشُّهَدَاءُ وَصَالِحُ الْمُؤَذِّنِينَ.
Teks Bahasa Melayu
Aku akan minum dari telagaku pada Hari Kebangkitan kelak bersama para nabi yang mengikutiku. Allah akan membangkitkan unta Thamud milik Salih, lalu diperah susunya dan diberikan kepadanya dan orang-orang beriman bersamanya untuk diminum, sehingga tempat itu dipenuhi kaumnya dan unta itu berbunyi. Seorang sahabat aku rasa Mu‘az bin Jabal bertanya: Wahai Rasulullah, pada hari itu, adakah anda menaiki al-‘Adba’? Baginda menjawab: Tidak, tetapi puteriku, Fatimah yang akan menaikinya. Aku akan dihimpunkan dalam keadaan menaiki Buraq yang hanya dikhaskan buatku sahaja, tidak pada para anbia yang lain. Kemudian Baginda memandang kepada Bilal, lalu berkata: Lelaki ini akan dihimpunkan dalam keadaan menaiki salah seekor unta syurga, beliau akan mendahului kita untuk melaungkan azan sahaja. Apabila beliau mengucapkan 'aku bersaksi tiada yang berhak untuk disembah selain Allah', para nabi akan berkata: Kami juga bersaksi tiada yang berhak untuk disembah selain Allah. Apabila beliau mengucapkan 'Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah', ada yang menerima dan ada yang menolaknya. Kemudian pakaian-pakaian syurga akan diedarkan, dan manusia yang pertama yang akan menyarungnya selepas para nabi adalah para syuhada dan para mukmin yang soleh.
Sahabat Perawi
- Suwaid bin ‘Umair RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1113, hadis no. 5630. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Suwaid bin ‘Umair RA, beliau menceritakan: Rasulullah SAW bersabda: (Aku akan minum dari telagaku pada Hari Kebangkitan kelak bersama para nabi yang mengikutiku. Allah akan membangkitkan unta Thamud milik Salih, lalu diperah susunya dan diberikan kepadanya dan orang-orang beriman bersamanya untuk diminum, sehingga tempat itu dipenuhi kaumnya dan unta itu berbunyi. Seorang sahabat aku rasa Mu‘az bin Jabal bertanya: Wahai Rasulullah, pada hari itu, adakah anda menaiki al-‘Adba’? Baginda menjawab: Tidak, tetapi puteriku, Fatimah yang akan menaikinya. Aku akan dihimpunkan dalam keadaan menaiki Buraq yang hanya dikhaskan buatku sahaja, tidak pada para anbia yang lain. Kemudian Baginda memandang kepada Bilal, lalu berkata: Lelaki ini akan dihimpunkan dalam keadaan menaiki salah seekor unta syurga, beliau akan mendahului kita untuk melaungkan azan sahaja. Apabila beliau mengucapkan 'aku bersaksi tiada yang berhak untuk disembah selain Allah', para nabi akan berkata: Kami juga bersaksi tiada yang berhak untuk disembah selain Allah. Apabila beliau mengucapkan 'Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah', ada yang menerima dan ada yang menolaknya. Kemudian pakaian-pakaian syurga akan diedarkan, dan manusia yang pertama yang akan menyarungnya selepas para nabi adalah para syuhada dan para mukmin yang soleh. [Riwayat al-‘Uqaili dalam al-Du‘afa’ dan Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdu‘at. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6534]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman