Aku akan memberi khabar gembira kepada kamu tentangnya wahai Ali

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لأبشرنك بها يا علي ! فبشر بها أمتي من بعدي: الصدقة على وجهها، واصطناع المعروف، وبر الوالدين، وصلة الرحم؛ تحول الشقاء سعادة، وتزيد في العمر، وتقي مصارع السوء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku akan memberi khabar gembira kepada kamu tentangnya wahai ‘Alī. Dan berikanlah khabar gembira kepada umatku selepasku dengannya: Bersedekah dengan cara yang betul, berbuat kebaikan, berbakti kepada dua ibubapa, menghubungkan silaturahim, akan mengubah kesedihan kepada kebahagiaan, menambahkan umur, serta menghalang perkara-perkara yang buruk.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 72, hadis nombor 344. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن الأوزاعي، قال: قدمت المدينة، فسألت محمد بن علي بن الحسين بن علي بن أبي طالب عن قوله عز وجل: (يمحو الله ما يشاء ويثبت وعنده أم الكتاب)؟ فقال: نعم، حدثنيه أبي، عن جده علي بن أبي طالب كرم الله وجهه، قال: سألت عنها رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، فقال: ((‌لأبشرنك ‌بها ‌يا ‌علي! ‌فبشر ‌بها ‌أمتي ‌من ‌بعدي: ‌الصدقة ‌على ‌وجهها، ‌واصطناع ‌المعروف، ‌وبر ‌الوالدين، ‌وصلة ‌الرحم؛ ‌تحول ‌الشقاء ‌سعادة، ‌وتزيد ‌في ‌العمر، ‌وتقي ‌مصارع ‌السوء)).
[حل، ((الضعيفة)) (‌‌3795)]

(Lemah)
Daripada al-Awzā‘ī berkata: “Aku tiba di Madinah lalu aku bertanya kepada Muḥammad ibn ‘Alī ibn al-Ḥusayn ibn ‘Alī ibn Abū Ṭālib berkenaan firman Allah ‘Azza Wa Jallā: “Allah SWT menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan di sisi-Nya terdapat Umm al-Kitāb.” [al-Ra‘d: 39] Lalu beliau telah berkata: ‘’Ya, bapaku telah menceritakannya kepadaku daripada datuknya ‘Alī ibn Abū Ṭālib Karramallahu Wajhah, beliau telah berkata: “Aku telah bertanya Rasulullah SAW berkenaannya lalu Baginda SAW telah bersabda: “Aku akan memberi khabar gembira kepada kamu tentangnya wahai ‘Alī. Dan berikanlah khabar gembira kepada umatku selepasku dengannya: Bersedekah dengan cara yang betul, berbuat kebaikan, berbakti kepada dua ibubapa, menghubungkan silaturahim, akan mengubah kesedihan kepada kebahagiaan, menambahkan umur, serta menghalang perkara-perkara yang buruk.”
[Riwayat Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3795).

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.