Aku akan datang ke pintu syurga pada hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

آتي يوم القيامة باب الجنة، فيفتح لي، فأرى ربي وهو على كرسيه، أو سريره، فيتجلى لي، ‌فأخر ‌له ساجدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku akan datang ke pintu syurga pada hari kiamat, lalu dibukakan untukku pintu syurga, lalu aku melihat Tuhanku dan Dia di atas kerusinya, atau katilnya, lalu dia menampakkan diri-Nya kepadaku, lalu aku bersujud kepada-Nya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 652, hadis nombor 3368. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((آتي يوم القيامة باب الجنة، فيفتح لي، فأرى ربي وهو على كرسيه، أو سريره، فيتجلى لي، ‌فأخر ‌له ساجدا)). [الدارمي في ((الرد على المريسي))، ابن أبي شيبة في ((كتاب العرش))، ((الضعيفة)) (1579)]

(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Aku akan datang ke pintu syurga pada hari kiamat, lalu dibukakan untukku pintu syurga, lalu aku melihat Tuhanku dan Dia di atas kerusinya, atau katilnya, lalu dia menampakkan diri-Nya kepadaku, lalu aku bersujud kepada-Nya.” [Riwayat al-Darimi dalam al-Radd ala al-Marisi dan Ibn Abi Syaibah dalam Kitab al-Arsy. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1579]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs