Aku adalah seorang yang adil, dan aku tidak akan memberikan persaksian kecuali kepada orang yang adil

TEKS BAHASA ARAB

إني عدل؛ لا أشهد إلا على عدل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku adalah seorang yang adil, dan aku tidak akan memberikan persaksian kecuali kepada orang yang adil.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 822, hadis nombor 4228. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن بشير بن سعد، قال: سألته امرأته أن يهب لابنها هبة؟ ففعل، فقالت: أشهد النبي صلى الله عليه وسلم، فأتاه فقال: ((أعطيت ولدك كلهم مثل هذا؟ )). قال: لا. قال: ((إني عدل؛ لا أشهد إلا على عدل)).
[ابن قانع، ((الضعيفة)) (7130)].

(Munkar) Daripada Basyir bin Saad berkata: Isterinya telah meminta untuk memberikan hibah kepada anak lelakinya? Lalu dia melakukannya dan berkata: Aku ingin bersaksi kepada Nabi SAW lalu dia mendatangi lalu baginda bersabda: “Engkau telah berikan kepada semua anakmu seperti ini?” Dia berkata: Tidak. Baginda berkata: “Aku adalah seorang yang adil, dan aku tidak akan memberikan persaksian kecuali kepada orang yang adil.”
[Riwayat Ibn Qani’ dalam Mu’jam al-Sahabah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7130]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs