Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إني عَدْلٌ ، لا أشهدُ إلا على عدْلٍ.
Teks Bahasa Melayu
Aku adalah seorang yang adil, dan aku tidak akan memberikan persaksian kecuali kepada orang yang adil.
Sahabat Perawi
- Basyir bin Saad
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 822, hadis no. 4228. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن بشير بن سعد، قال: سألته امرأته أن يهب لابنها هبة؟ ففعل، فقالت: أشهد النبي صلى الله عليه وسلم، فأتاه فقال: ((أعطيت ولدك كلهم مثل هذا؟ )). قال: لا. قال: ((إني عدل؛ لا أشهد إلا على عدل)). [ابن قانع، ((الضعيفة)) (7130)].
(Munkar) Daripada Basyir bin Saad berkata: Isterinya telah meminta untuk memberikan hibah kepada anak lelakinya? Lalu dia melakukannya dan berkata: Aku ingin bersaksi kepada Nabi SAW lalu dia mendatangi lalu baginda bersabda: “Engkau telah berikan kepada semua anakmu seperti ini?” Dia berkata: Tidak. Baginda berkata: “Aku adalah seorang yang adil, dan aku tidak akan memberikan persaksian kecuali kepada orang yang adil.” [Riwayat Ibn Qani’ dalam Mu’jam al-Sahabah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7130]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman