Aku adalah sebatang pokok

TEKS BAHASA ARAB

أنا شجرة، وفاطمة أصلها أو فرعها، وعلي لقاحها، والحسن والحسين ثمرتها، وشيعتنا ورقها، فالشجرة أصلها في جنة عدن، والأصل والفرع، واللقاح والورق والثمر في الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku adalah sebatang pokok. Fatimah adalah akar atau rantingnya. Ali adalah debunganya. Al-Hasan dan al-Husain adalah buahnya. Pengikut kami adalah daun-daunnya. Pokok akarnya dari syurga ‘Adn. Akar, ranting, debunga, daun dan buah berada dalam syurga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1923 hadis nombor 9655. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عبدالرحمن بن عوف رضي الله عنه : أنه قال: ألا تسألوني قبل أن تشاب الأحاديث بالأباطيل؛ قال: قال رسول الله ﷺ: أنا شجرة، وفاطمة أصلها أو فرعها، وعليٌّ لقاحها، والحسن والحسين ثمرتها، وشيعتنا ورقها، فالشجرة أصلها من جنة عدن، الأصل والفرع، واللقاح والورق والثمر في الجنة.
[عد، ابن عساكر، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (6286)]

(Palsu)
Daripada Abdul al-Rahman bin Auf RA, beliau berkata: Tidakkah mahu kalian bertanya kepada aku sebelum hadis-hadis bercampur dengan kebatilan? Beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Aku adalah sebatang pokok. Fatimah adalah akar atau rantingnya. Ali adalah debunganya. Al-Hasan dan al-Husain adalah buahnya. Pengikut kami adalah daun-daunnya. Pokok akarnya dari syurga ‘Adn. Akar, ranting, debunga, daun dan buah berada dalam syurga.
[Riwayat al-Kamil dalam al-Dhu’afa’, Ibn Asakir, Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6286]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs