Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أنا شجرةٌ، وفاطمةُ أصلُها أو فرعها، وعلي لقاحِها، والحسنُ والحسينُ ثمرتُها، وشيعتُنا ورقُها، فالشجرةُ أصلُها في جنةِ عدنٍ، والأصلُ والفرعُ، واللقاحُ والورقُ والثمرُ في الجنةِ.
Teks Bahasa Melayu
Aku adalah sebatang pokok. Fatimah adalah akar atau rantingnya. Ali adalah debunganya. Al-Hasan dan al-Husain adalah buahnya. Pengikut kami adalah daun-daunnya. Pokok akarnya dari syurga ‘Adn. Akar, ranting, debunga, daun dan buah berada dalam syurga.
Sahabat Perawi
- Abdul al-Rahman bin Auf RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1923, hadis no. 9655. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Abdul al-Rahman bin Auf RA, beliau berkata: Tidakkah mahu kalian bertanya kepada aku sebelum hadis-hadis bercampur dengan kebatilan? Beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Aku adalah sebatang pokok. Fatimah adalah akar atau rantingnya. Ali adalah debunganya. Al-Hasan dan al-Husain adalah buahnya. Pengikut kami adalah daun-daunnya. Pokok akarnya dari syurga ‘Adn. Akar, ranting, debunga, daun dan buah berada dalam syurga. [Riwayat al-Kamil dalam al-Dhu’afa’, Ibn Asakir, Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6286]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman