Aku adalah pusat ilmu dan Ali adalah pintunya

TEKS BAHASA ARAB

أنا دار العلم وعلي بابها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku adalah pusat ilmu dan Ali adalah pintunya.

STATUS

Diperselisihkan

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 96. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«أَنَا دَارُ الْعِلْمِ وَعَلِيٌّ بَابُهَا» لِلتِّرْمِذِي غَرِيب «أَنا مَدِينَة الْعلم» إِلَخ. قَالَ ابْن حبَان لَا أصل لَهُ وَقَالَ ابْن طَاهِر مَوْضُوع: فِي الْمَقَاصِد لِابْنِ الْجَوْزِيّ فِي الموضوعات وَوَافَقَهُ عَلَيْهِ الذَّهَبِيّ وَغَيره قلت لَهُ متابعات فَمن حكم بكذبه فقد أَخطَأ.

Maksudnya: “Aku adalah pusat ilmu dan Ali adalah pintunya.”
Ia adalah adalah riwayat al-Tirmizi dan merupakan hadith gharib. Dalam riwayat lain:
Maksudnya: “Aku adalah bandar ilmu…”
Ibn Hibban berkata: Hadith ini tiada asalnya. Ibn Tahir pula menyebut: Hadith ini palsu. Dalam kitab al-Maqasid menyebut: Ia disebutkan oleh Ibn al-Jawzi dalam al-Maudu’at dan ia dipersutujui oleh al-Zahabi. Saya katakan: Ia mempunyai mutaba’at. Barangsiapa yang menghukumnya sebagai palsu maka dia telah melakukan kesalahan.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs