Aku adalah pokok. Fatimah adalah rantingnya, Ali adalah debunganya, al-Hasan dan al-Husain serta pengikut kita adalah daunnya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أنا الشجرة وفاطمة وفرعها وعلي لقاحها والحسن والحسين وشيعتنا ورقها واصلها في جنة عدن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku adalah pokok. Fatimah adalah rantingnya, Ali adalah debunganya, al-Hasan dan al-Husain serta pengikut kita adalah daunnya dan asal kesemua ini adalah dari syurga ‘Adn.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 99. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فِي الْوَجِيز «أَنا الشَّجَرَة وَفَاطِمَة وفرعها وَعلي لِقَاحُهَا وَالْحَسَنُ وَالْحُسَيْنُ وَشِيعَتُنَا وَرَقُهَا واصلها فِي جنَّة عدن» أوردهُ عَن ميناء وَقَالَ مَوْضُوع اتهموا بِهِ ميناء وَعَن عَليّ وَفِيه عباد بن يَعْقُوب رَافِضِي، وَعَن ابْن عَبَّاس وَفِيه مُوسَى بن نعيمان لَا يعرف قلت حَدِيث ميناء أخرجه الْحَاكِم، وَقَالَ متن شَاذ وَرِجَاله ثِقَات وميناء صَحَابِيّ وَتعقبه الذَّهَبِيّ وَقَالَ مَوْضُوع وميناء تَابِعِيّ سَاقِط.

Dalam kitab al-Wajiz menyebut:
“Aku adalah pokok. Fatimah adalah rantingnya, Ali adalah debunganya, al-Hasan dan al-Husain serta pengikut kita adalah daunnya dan asal kesemua ini adalah dari syurga ‘Adn.” ia diriwayatkan daripada Mayna’. Beliau berkata: Ia adalah palsu.Mereka menuduh Mayna’ berdusta. Riwayat daripada Ali dalam sanadnya terdapat Ibad Bin Ya’qub. Beliau adalah seorang yang berfahaman rafidhah. Riwayat daripada Ibn ‘Abbas dalam sanadnya terdapat Musa Bin Nu’aiman. Beliau perawi yang tidak dikenali. Saya katakan: al-Hakim meriwayatkan hadith Mayna’. Beliau berkata: Matannya adalah syaz namun perawinya adalah thiqah. Mayna’ adalah sahabat. al-Zahabi memberikan komentar bahawa ia adalah palsu dan Mayna’ adalah seorang tabi’in yang tergugur riwayatnya.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.