Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَنا الشَّجَرَة وَفَاطِمَة وفرعها وَعلي لِقَاحُهَا وَالْحَسَنُ وَالْحُسَيْنُ وَشِيعَتُنَا وَرَقُهَا واصلها فِي جنَّة عدن.
Teks Bahasa Melayu
Aku adalah pokok. Fatimah adalah rantingnya, Ali adalah debunganya, al-Hasan dan al-Husain serta pengikut kita adalah daunnya dan asal kesemua ini adalah dari syurga ‘Adn.
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 99. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam kitab al-Wajiz menyebut: “Aku adalah pokok. Fatimah adalah rantingnya, Ali adalah debunganya, al-Hasan dan al-Husain serta pengikut kita adalah daunnya dan asal kesemua ini adalah dari syurga ‘Adn.” ia diriwayatkan daripada Mayna’. Beliau berkata: Ia adalah palsu.Mereka menuduh Mayna’ berdusta. Riwayat daripada Ali dalam sanadnya terdapat Ibad Bin Ya’qub. Beliau adalah seorang yang berfahaman rafidhah. Riwayat daripada Ibn ‘Abbas dalam sanadnya terdapat Musa Bin Nu’aiman. Beliau perawi yang tidak dikenali. Saya katakan: al-Hakim meriwayatkan hadith Mayna’. Beliau berkata: Matannya adalah syaz namun perawinya adalah thiqah. Mayna’ adalah sahabat. al-Zahabi memberikan komentar bahawa ia adalah palsu dan Mayna’ adalah seorang tabi’in yang tergugur riwayatnya.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman