Aku adalah pohon, Fatimah adalah akar atau dahannya

TEKS BAHASA ARAB

أنا شجرة وفاطمة أصلها أو فرعها وعلي لقاحها والحسن والحسين ثمرتها وشيعتنا ورقها فالشجرة أصلها من جنة عدن الاصل والفرع واللقاح والورق والثمر في الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku adalah pohon, Fatimah adalah akar atau dahannya, ‘Ali adalah benihnya, al-Hasan dan al-Husain adalah buahnya, pengikut kami adalah adalah daunnya. Pokok itu akarnya di syurga ‘Adn. Dahan, benih, daun, dan buah-buahannya berada di syurga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1081, hadis nombor 5508. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الرحمن بن عوف رضي الله عنه قال: ألا تسألوني قبل أن تشاب الأحاديث بالأباطيل قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أنا شجرة وفاطمة أصلها أو فرعها وعليٌّ لقاحها والحسن والحسين ثمرتها وشيعتنا ورقها فالشجرة أصلها من جنة عدن الاصل والفرع واللقاح والورق والثمر في الجنة. [عد، ابن عساكر، ابن الجوزي، الضعيفة (6286)]

(Palsu) Daripada ‘Abd al-Rahman bin ‘Awf RA, beliau berkata: Tidakkah anda semua mahu bertanya kepada aku sebelum terserapnya kebatilan dalam hadis-hadis? Rasulullah SAW bersabda: Aku adalah pohon, Fatimah adalah akar atau dahannya, ‘Ali adalah benihnya, al-Hasan dan al-Husain adalah buahnya, pengikut kami adalah adalah daunnya. Pokok itu akarnya di syurga ‘Adn. Dahan, benih, daun, dan buah-buahannya berada di syurga. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq dan Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdu‘at. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 6286]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs