Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أنا شجرةٌ وفاطمةُ أصلُها أو فرعها وعلي لقاحِها والحسنُ والحسينُ ثمرتُها وشيعتُنا ورقُها فالشجرةُ أصلُها في جنةِ عدنٍ والأصلُ والفرعُ واللقاحُ والورقُ والثمرُ في الجنةِ.
Teks Bahasa Melayu
Aku adalah pohon, Fatimah adalah akar atau dahannya, ‘Ali adalah benihnya, al-Hasan dan al-Husain adalah buahnya, pengikut kami adalah adalah daunnya. Pokok itu akarnya di syurga ‘Adn. Dahan, benih, daun, dan buah-buahannya berada di syurga.
Sahabat Perawi
- ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1081, hadis no. 5508. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبد الرحمن بن عوف رضي الله عنه قال: ألا تسألوني قبل أن تشاب الأحاديث بالأباطيل قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أنا شجرة وفاطمة أصلها أو فرعها وعليٌّ لقاحها والحسن والحسين ثمرتها وشيعتنا ورقها فالشجرة أصلها من جنة عدن الاصل والفرع واللقاح والورق والثمر في الجنة. [عد، ابن عساكر، ابن الجوزي، الضعيفة (6286)]
(Palsu) Daripada ‘Abd al-Rahman bin ‘Awf RA, beliau berkata: Tidakkah anda semua mahu bertanya kepada aku sebelum terserapnya kebatilan dalam hadis-hadis? Rasulullah SAW bersabda: Aku adalah pohon, Fatimah adalah akar atau dahannya, ‘Ali adalah benihnya, al-Hasan dan al-Husain adalah buahnya, pengikut kami adalah adalah daunnya. Pokok itu akarnya di syurga ‘Adn. Dahan, benih, daun, dan buah-buahannya berada di syurga. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq dan Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdu‘at. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 6286]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman