TEKS BAHASA ARAB
أنا حجيج من ظلم عبد القيس.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Aku adalah pendakwa bagi sesiapa yang menzalimi ‘Abd al-Qays.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1105-1106, hadis nombor 5600. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أنا حجيج من ظلم عبد القيس. [البزار، طب، الضعيفة (6795)].
(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Aku adalah pendakwa bagi sesiapa yang menzalimi ‘Abd al-Qays. [Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya, riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6795]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.