Aku adalah orang yang paling fasih yang menyebutkan (huruf) dad

TEKS BAHASA ARAB

أنا أفصح من نطق بالضاد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku adalah orang yang paling fasih yang menyebutkan (huruf) dad.

STATUS

Tiada asal baginya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 94, hadis nombor 55. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وحديث: "أنا أفصح من نطق بالضاد".
قال ابن كثير: لا أصل له.

Dan hadis: "Aku adalah orang yang paling fasih yang menyebutkan (huruf) dad".
Ibn Kathir telah berkata: Tiada asal baginya.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.