Tiada asal

30/06/2024

minit bacaan



Aku adalah orang yang paling fasih dalam menyebut huruf dhad

Teks Bahasa Arab

أَنَا أَفْصَحُ مَنْ نَطَقَ بِالضَّادِ.

Teks Bahasa Melayu

Aku adalah orang yang paling fasih dalam menyebut huruf dhad.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)

Status

Tiada asal

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 61, hadis no. 41. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

معناه صحيح، ولا أصل له، كما قال ابن كثير وابن الجزري.

Maknanya sahih, tetapi tiada asalnya seperti yang disebutkan oleh Ibn Kathir dan dan Ibn al-Jazari.

Rujukan

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.