Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أنا أولُ منْ تنشقُّ عنهُ الأرضُ، ثُمَّ أبو بكرٍ، ثُمَّ عمرُ، ثُمَّ آتى أهلَ البقيعِ فيُحشرونَ معي، ثُمَّ أنتظرُ أهلَ مكةَ حتىَّ أُحشرَ بينَ الحرمينِ.
Teks Bahasa Melayu
Aku adalah orang pertama yang dibuka bumi untuk dibangkitkan, kemudian Abu Bakar, kemudian Umar, kemudian aku mendatangi ahli perkuburan Baqi’ lalu mereka dibangkitkan bersamaku, kemudian aku menunggu penduduk Mekah sehingga aku dibangkitkan antara dua Tanah Haram.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 737, hadis no. 3769. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((أنا أول من تنشق عنه الأرض، ثم أبو بكر، ثم عمر، ثم آتي أهل البقيع فيحشرون معي، ثم أنتظر أهل مكة حتى أحشر بين الحرمين)). [ت، حب، ك، أبو عثمان النجيرمي في ((فوائده))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2949)]
(Daif) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Aku adalah orang pertama yang dibuka bumi untuk dibangkitkan, kemudian Abu Bakar, kemudian Umar, kemudian aku mendatangi ahli perkuburan Baqi’ lalu mereka dibangkitkan bersamaku, kemudian aku menunggu penduduk Mekah sehingga aku dibangkitkan antara dua Tanah Haram. [Riwayat al-Tirmizi dalam Sunannya, Ibn Hibban dalam Sahihnya, al-Hakim dalam Mustadraknya, Abu Uthman al-Nujairimi dalam Fawaidnya dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2949]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman