TEKS BAHASA ARAB
أنا أفصح العرب، بيد أني من قريش.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Aku adalah orang Arab yang paling fasih kerana aku berketurunan Quraisy.
STATUS
Tidak Diketahui
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 60, hadis nombor 40. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال السيوطي: لا يعلم من أخرجه ولا إسناده.
Al-Suyuti berkata: Tidak diketahui siapa yang meriwayatkannya dan sanadnya.
RUJUKAN
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.