Aku adalah nabi yang pertama dalam kalangan makhluk dan yang terakhir dalam kalangan mereka yang akan dibangkitkan

TEKS BAHASA ARAB

حديث: كنت أول النبيين في الخلق وآخرهم في البعث.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Aku adalah nabi yang pertama di kalangan makhluk dan yang terakhir dalam kalangan mereka yang akan dibangkitkan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 326, hadis nombor 19. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

له شاهد صححه الحاكم بلفظ: كنت نبيا وآدم بين الروح والجسد. وقال الصنعاني: هو موضوع. وكذا قال ابن تيمية.

Ianya mempunyai riwayat sokongan yang disahihkan oleh al-Hakim dengan lafaz: Aku menjadi nabi sementara Adam masih di antara roh dan jasad. Al-San’ani berkata: Ia adalah palsu. Begitu juga yang dikatakan oleh Ibn Taimiyyah.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs