Aku adalah kota ilmu

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أنا مدينة العلم وعلي بابها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Aku adalah kota ilmu, dan ‘Ali adalah pintunya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 49-50, hadis nombor 84. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

أورده ابن الجوزي في الموضوعات، ووافقه الذهبي وغيره، لكن قال الحافظ أو سعيد العلائي: الصواب أنه حسن باعتبار طرقه، لا صحيح ولا ضعيف، فضلا أن يكون موضوعا. ذكره علي قاري.

Ibn al-Jauzi memasukkanya di dalam al-Maudhu’at dan dipersetujui oleh al-Zahabi dan lain-lain. Namun, al-Hafiz Abu Sa’id al-‘Ala’ei berkata: Sebetulnya ia adalah hadith hasan dengan diambil kira jalur-jalur sanadnya, ia bukan sahih dan bukan juga dha’if, apalagi sebagai palsu. ‘Ali Qari menyebutkannya.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs