Aku adalah kota ilmu, manakala Ali adalah pintunya

TEKS BAHASA ARAB

أنا مدينة العلم وعلي بابها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku adalah kota ilmu, manakala Ali adalah pintunya.

STATUS

Diperselisihkan

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 94, hadis nombor 57. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وحديث: “أنا مدينة العلم وعلي بابها”.
أنكره البخاري. وقال الحاكم: موضوع. وقال يحيى بن معين: لا أصل له. وقال أبو سعيد العلائي: إنه حسن باعتبار طرقه.

Dan hadis: “Aku adalah kota ilmu, manakala Ali adalah pintunya”.
Al-Bukhari telah mengingkari hadis ini. Al-Hakim telah berkata: Palsu. Yahya bin Ma’in telah berkata: Tiada asal baginya. Abu Sa’id al-‘Ala’i pula berkata: Sesungguhnya ia adalah hasan dengan mengambil kira jalan-jalannya.

RUJUKAN

Mar‘ī bin Yūsuf Al-Karmī Al-Maqdisī. (1998). Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah (Muḥammad bin Luṭfī Al-Ṣabbāgh, Ed.). Dār Al-Warrāq.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs