TEKS BAHASA ARAB
أنا مدينة العلم، وعلي بابها، فمن أراد العلم فليأته من بابه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Aku adalah kota ilmu dan ‘Ali pula adalah pintunya. Oleh itu, sesiapa yang ingin mendapatkan ilmu maka datangilah ilmu melalui pintunya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1255, hadis nombor 6411. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: أنا مدينة العلم، وعلي بابها، فمن أراد العلم فليأته من بابه.
[ابن جرير في ((تهذيب الآثار))، طب، ك، خط، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2955)].
(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Aku adalah kota ilmu dan ‘Ali pula adalah pintunya. Oleh itu, sesiapa yang ingin mendapatkan ilmu maka datangilah ilmu melalui pintunya.
[Riwayat Ibn Jarir dalam Tahzib al-Athar, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, al-Hakim, al-Khatib al-Baghdadi, Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.2955]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.