Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya. Maka sesiapa yang menginginkan ilmu maka mestilah masuk melalui pintunya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أنا مدينة العلم، وعلي بابها. فمن أراد العلم فليأت الباب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Aku adalah kota ilmu, dan Ali adalah pintunya. Maka sesiapa yang menginginkan ilmu maka mestilah masuk melalui pintunya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 348-349, hadis nombor 52. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الخطيب عن ابن عباس مرفوعا. ورواه الطبراني، وابن عدي، والعقيلي وابن حبان عن ابن عباس أيضا مرفوعا. وفي إسناد الخطيب: جعفر بن محمد البغدادي، وهو متهم. وفي إسناد الطبراني: أبو الصلت الهروي، عبد السلام بن صالح. قيل: هو الذي وضعه. وفي إسناد ابن عدي: أحمد سلمة الجرجاني، يحدث عن الثقات بالأباطيل. وفي إسناد العقيلي: عمر بن إسماعيل بن مجالد، كذاب. وفي إسناد ابن حبان: إسماعيل بن محمد بن يوسف، ولا يحتج به.
وقد رواه ابن مردويه عن علي مرفوعا. وفي إسناده: من لا يجوز الاحتجاج به. ورواه أيضا ابن عدي عن جابر مرفوعا بلفظ هذا – يعني: عليا: أمير البررة، وقاتل الفجرة، منصور من نصره، مخذول من خذله. أنا مدينة العلم وعلي بابها. فمن أراد العلم فليأت الباب.
قيل: لا يصح. ولا أصل له. وقد ذكر هذا الحديث ابن الجوزي في الموضوعات من طرق عدة، وجزم ببطلان الكل، وتابعه الذهبي وغيره. وأجيب عن ذلك: بأن محمد بن جعفر البغدادي الفيدي، قد وثقه يحيى بن معين. وأن أبا الصلت الهروي قد وثقه ابن معين والحاكم. وقد سئل يحيى عن هذا الحديث، فقال: صحيح. وأخرجه الترمذي عن علي رضي الله عنه مرفوعا. وأخرجه الحاكم في المستدرك عن ابن عباس مرفوعا. وقال: صحيح الإسناد. قال الحافظ ابن حجر: والصواب خلاف قولهما معا. يعني: ابن الجوزي، والحاكم. وأن الحديث من قسم الحسن، لا يرتقي إلى الصحة، ولا ينحط إلى الكذب. انتهى. وهذا هو الصواب؛ لأن يحيى بن معين، والحاكم قد خولفا في توثيق أبي الصلت ومن تابعه، فلا يكون مع هذا الخلاف صحيحا، بل حسنا لغره، لكثرة طرقه كما بيناه . وله طرق أخرى ذكرها صاحب اللآلىء وغيره .

Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Diriwayatkan oleh al-Tabrani, Ibn Adi, al-Uqaili, dan Ibn Hibban daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW).
Pada sanad al-Khatib terdapat Jaafar bin Muhammad al-Baghdadi, dia adalah seorang yang dituduh berdusta. Pada sanad al-Tabrani terdapat Abu al-Salt al-Harawi, Abd al-Salam bin Soleh. Dikatakan: Dia adalah orang yang memalsukannya.Pada sanad Ibn Adi terdapat Ahmad Salamah al-Jurjani, dia meriwayatkan hadith-hadith daripada orang-orang yang thiqah dengan hadith yang palsu. Pada sanad al-Uqaili terdapat Umar bin Ismail bin Mujalid, seorang pendusta.
Pada sanad Ibn Hibban terdapat: Ismail bin Muhammd bin Yusuf, seorang perawi yang tidak boleh dijadikan hujah.
Diriwayatkan juga oleh Ibn Mardawaih daripada Ali secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Pada sanadnya terdapat perawi yang tidak boleh dijadikan hujah.Diriwayatkan juga oleh Ibn Adi daripada Jabir secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) dengan lafaz: Ali adalah pemimpin orang yang taat, penentang orang-orang yang jahat, sesiapa yang menolongnya akan ditolong, sesiapa yang menghinanya akan dihina. Aku adalah kota ilmu dan Ali pintunya. Sesiapa yang mahukan ilmu maka datanglah melalui pintunya.
Dikatakan: Tidak sahih. Tiada asalnya. Hadith ini disebutkan oleh Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhuat daripada jalan yang pelbagai, beliau mengatakan dengan pasti bahawa kesemuanya batil, disebutkan juga riwayat sokongan dari al-Zahabi dan selainnya. Dijawab bahawa Muhammad bin Jaafar al-Baghdadi al-Fidi telah dinilai thiqah oleh Yahya bin Ma’in, dan bahawa Abu al-Salt al-Harawi pula dinilai thiqah oleh Ibn Ma’in dan al-Hakim. Yahya ditanya tentang hadith ini, dia berkata: Sahih. Diriwayatkan oleh al-Tirmizi daripada Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Dia berkata: Sanadnya sahih.
Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: Yang betul adalah berbeza dengan apa yang dikatakan oleh mereka berdua. Iaitu Ibn al-Jauzi dan al-Hakim. Hadith ini adalah hasan namun tidak naik ke taraf sahih atau turun ke taraf dusta. Inilah yang betul kerana Yahya Ibn Main dan al-Hakim telah berselisih dalam menilai Abu al-Salt dan perawi dalam riwayat sokongan yang lain sebagai thiqah, maka dengan perselisihan ini tidak menjadikan ia sahih, bahkan hasan lighairihi kerana jalurnya banyak seperti yang telah kami terangkan. Bagi hadith ini ada jalur yang lain yang disebutkan oleh pengarang al-Laali’ dan selainnya.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs