Aku adalah hamba Allah dan saudara Rasulullah, aku adalah Al-Siddiq yang paling besar

TEKS BAHASA ARAB

قول علي رضي الله عنه: أنا عبد الله وأخو رسول الله، أنا الصديق الأكبر، لا يقولها بعدي إلا كاذب، صليت قبل الناس بسبع سنين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kata-kata Ali RA: Aku adalah hamba Allah dan saudara Rasulullah, aku adalah Al-Siddiq yang paling agung. Tiada yang menyebutnya selepas aku melainkan dia adalah pendusta. Aku telah menunaikan solat tujuh tahun sebelum orang ramai menunaikannya.

STATUS

Bukan Hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 343-344, hadis nombor 42. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه النسائي في الخصائص. وفي إسناده: عباد بن عبد الله الأسدي، وهو المتهم بوضعه.
وقال ابن المديني: ضعيف الحديث.
وذكره ابن حبان في الثقات
وقال في الميزان: هذا الحديث كذب على علي. وقد أخرجه الحاكم في المستدرك. وقال: صحيح على شرط الشيخين. وتعقبه الذهبي بأن عبادا: ضعيف.
وأخرجه ابن أبي شيبة في المصنف، بدون قوله: أنا الصديق الأكبر، من طريق زيد بن وهب الجهني، مكان عباد.

Ia diriwayatkan oleh al-Nasaie dalam al-Khasais. Pada sanadnya terdapat Abbad bin Abdullah al-Asadi, dia adalah yang dituduh memalsukan hadith.
Ibn al-Madini berkata: Dhaif al-hadith. Disebutkan juga oleh Ibn Hibban dalam al-Thiqat.
Dia berkata dalam al-Mizan: Hadith ini adalah pendustaan terhadap Ali. Diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak. Dia berkata: Sahih mengikut syarat al-Bukhari dan Muslim. Al-Zahabi memberikan komentar bahawa Abbad adalah dhaif.
Diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf tanpa lafaz: “Akulah al-Siddiq yang paling besar” dari jalur Zaid bin Wahb al-Juhani, di tempat Abbad.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs