Terdapat perawi daif pada sanadnya
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سَمِعْتُ عَلِيًّا يَقُولُ أَنَا عَبْدُ اللَّهِ وَآخِرُ رَسُولِهِ وَأَنَا الصِّدِّيقُ الأَكْبَرُ لَا يَقُولُهَا بَعْدِي إِلا كَاذِبٌ صَلَّيْتُ قَبْلَ النَّاسِ سَبْعَ سِنِين.
Teks Bahasa Melayu
Aku mendengar Ali berkata: Aku adalah hamba Allah dan merupakan utusan-Nya yang terakhir. Aku adalah al-Siddiq al-Akbar. Tidak ada yang bercakap tentangnya selepas aku melainkan dia adalah seorang pendusta. Aku telah menunaikan solat sebelum orang ramai melakukannya selama tujuh tahun.
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Terdapat perawi daif pada sanadnya
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 96. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
الْوَجِيز عباد بن عبد الله «سَمِعْتُ عَلِيًّا يَقُولُ أَنَا عَبْدُ اللَّهِ وَآخِرُ رَسُولِهِ وَأَنَا الصِّدِّيقُ الأَكْبَرُ لَا يَقُولُهَا بَعْدِي إِلا كَاذِبٌ صَلَّيْتُ قَبْلَ النَّاسِ سَبْعَ سِنِين» آفته عباد قلت أخرجه النَّسَائِيّ فِي الخصائص وَصَححهُ الْحَاكِم على شَرطهمَا لَكِن تعقبه الذَّهَبِيّ بِأَن عبادا ضَعِيف.
Dalam kitab al-Wajiz menyebut daripada Ibad Bin Abdullah: Maksudnya: “Aku mendengar Ali berkata: Aku adalah hamba Allah dan merupakan utusan-Nya yang terakhir. Aku adalah al-Siddiq al-Akbar. Tidak ada yang bercakap tentangnya selepas aku melainkan dia adalah seorang pendusta. Aku telah menunaikan solat sebelum orang ramai melakukannya selama tujuh tahun.” Punca kecacatan hadith ini adalah ‘Ibad. Saya katakan: ‘Ibad adalah seorang perawi yang diriwayatkan oleh al-Nasa’i di dalam kitab al-Khasais. al-Hakim menilai beliau sebagai perawi yang sahih menurut syarat al-Bukhari dan Muslim namun al-Zahabi memberi komentar bahawa ‘Ibad adalah perawi yang daif.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman