TEKS BAHASA ARAB
حديث: أنا من الله والمؤمنون مني والخير في وفي أمتي إلى يوم القيامة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Aku adalah daripada Allah dan orang-orang yang beriman pula adalah daripadaku. Kebaikan itu ada padaku dan umatku sehingga hari kiamat.
STATUS
Aku tidak mengetahuinya
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 326, hadis nombor 20. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال ابن حجر: لا أعرفه.
Ibn Hajar berkata: Aku tidak mengetahuinya.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.