Aku adalah bandar ilmu dan Ali adalah pintunya

TEKS BAHASA ARAB

أنا مدينة العلم وعلي بابها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku adalah bandar ilmu dan Ali adalah pintunya.

STATUS

Hasan

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 95. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«أَنا مَدِينَة الْعلم وَعلي بَابهَا» أوردهُ من حَدِيث عَليّ وَابْن عَبَّاس وَجَابِر قلت قد تعقب العلائي على ابْن الْجَوْزِيّ فِي حكمه بِوَضْعِهِ فَإِنَّهُ يَنْتَهِي بِطرقِهِ إِلَى دَرَجَة الْحسن فَلَا يكون ضَعِيفا فضلا عَن أَن يكون مَوْضُوعا وَقَالَ ابْن حجر صَححهُ الْحَاكِم وَخَالفهُ ابْن الْجَوْزِيّ فكذبه وَالصَّوَاب خلاف قَوْلهمَا والْحَدِيث حسن لَا صَحِيح وَلَا كذب.

Maksudnya: “Aku adalah bandar ilmu dan Ali adalah pintunya.”
ia diriwayatkan daripada hadith Ali, Ibn Abbas dan Jabir. al-‘Alai telah memberikan komentar terhadap penilaian Ibn al-Jawzi yang menyebut bahawa hadith ini adalah palsu. Kesemua jalurnya apabila dikumpulkan ia mencapai darjat hasan. Ia bukan hadith dhaif apatah lagi palsu. Ibn Hajar berkata: al-Hakim menilai hadith ini sebagai sahih dan ia disanggah oleh Ibn al-Jawzi dengan mengatakan bahawa hadith tersebut adalah palsu. Hakikatnya, ia bukan kedua-duanya. Hadith tersebut adalah hadith hasan bukan sahih ataupun dusta.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs