Hasan
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَنا مَدِينَة الْعلم وَعلي بَابهَا.
Teks Bahasa Melayu
Aku adalah bandar ilmu dan Ali adalah pintunya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
- Ali RA
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Hasan
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 95. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Maksudnya: “Aku adalah bandar ilmu dan Ali adalah pintunya.” ia diriwayatkan daripada hadith Ali, Ibn Abbas dan Jabir. al-‘Alai telah memberikan komentar terhadap penilaian Ibn al-Jawzi yang menyebut bahawa hadith ini adalah palsu. Kesemua jalurnya apabila dikumpulkan ia mencapai darjat hasan. Ia bukan hadith daif apatah lagi palsu. Ibn Hajar berkata: al-Hakim menilai hadith ini sebagai sahih dan ia disanggah oleh Ibn al-Jawzi dengan mengatakan bahawa hadith tersebut adalah palsu. Hakikatnya, ia bukan kedua-duanya. Hadith tersebut adalah hadith hasan bukan sahih ataupun dusta.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman