Akhlak yang mulia itu amalan penghuni syurga

TEKS BAHASA ARAB

مكارم الأخلاق من أعمال أهل الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akhlak yang mulia itu merupakan antara amalan para penghuni syurga.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 23, hadis nombor 62. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن حميد الطويل، قال: دخلنا على أنس بن مالك – رضي الله عنه – نعوده من وجع أصابه، فقال لجاريته: اطلبي لأصحابنا ولوكسرا فإني سمعتُ رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: ((مكارم الأخلاق من أعمال أهل الجنة)).
[ابن أبي الدنيا في ((مكارم الأخلاق))، طس، ابن الأعرابي، تمام، السلفي في ((الطيوريات))، ابن عساكر، الضياء في ((جزء من حديثه))، ((الضعيفة)) (1280)]

(Munkar) Daripada Humaid al-Thowil beliau berkata: Kami bertemu dengan Anas bin Malik RA untuk menziarahi beliau atas penyakit yang menimpanya. Lalu beliau berkata kepada hamba perempuan beliau: Carilah sesuatu untuk sahabat kami sekalipun ianya cebisan; Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Akhlak yang mulia itu merupakan antara amalan para penghuni syurga”.
[Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam Makarim al-Akhlak, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, Ibn al-A’rabi, Tammam, al-Salafi dalam al-Thuyuriyyat, Ibn ‘Asakir, al-Dhiya’ fi min Juz min Hadisihi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.1280]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs